MASIH KU INGAT Read Count : 77

Category : Poems

Sub Category : N/A
Masih aku ingat
Suatu waktu dahulu
Ketika dunia kecil aku berputar 360 darjah
Ketika gelaran ini aku sandang tanpa rela

Masih aku ingat
Saat perkataan itu dilafazkan
Nyawa bagaikan dihujung tanduk
Semangat aku menghilang melayang bersama hembusan bayu

Masih aku ingat
Apabila kepercayaan punah-ranah
Apabila kejujuran dipermainkan
Apabila satu kesetiaan bukanlah tiang utama dalam sebuah kehidupan 

Masih aku ingat
Impian dan angan-angan hancur berderai
Musnah segala cita-cita seorang yang bergelar wanita untuk jadi wanita terhebat bagi seorang yang bernama suami

Masih aku ingat
Impian yang hancur berderai aku kutip satu
persatu
Aku cantumkan kembali menjadi sebuah impian yang baru

Masih aku ingat
Payahnya aku menyulam kembali segala impian itu
Payahnya aku untuk teguh berdiri tabah mengharungi segala keperitan dan sesekali tetap mengukir senyuman supaya tiada siapa yang tahu gelodak perasaan sedang berperang hebat

Masih aku ingat
Anak-anak menangis dan merintih asbab satu kerinduan yang teramat sangat
Dan kini kerinduan tersebut menjadikan mereka berdua lebih kuat hadapi apa saja cabarannya

Masih aku ingat
Dan tak akan sesekali lupa akan segala lara yang telah menjadi diri ini makin sedar dan belajar untuk lebih menghargai semua insan tersayang

Masih aku ingat
Cahaya hati makin dewasa
Makin matang menghadapi satu kehidupan
memaafkan dan membuka satu lembaran baru yang lebih bermakna kerana kehidupan yang lebih bermakna disana nanti.

Comments

  • No Comments
Log Out?

Are you sure you want to log out?