Bilik Hujung By YOURA AERI. Read Count : 93

Category : Stories

Sub Category : Suspense/Mystery

Bab 1


 "Kau dah gerak belum?" Soal Dazrin kepada Fatin.   


"Sekejap lagi. Aku tunggu  Amira ni" jawab Fatin perlahan. Sesekali matanya mengerling ke arah Amira yang asyik berulang alik keluar masuk rumah. 


"Mira! Cepatlah.. kita dah lambat ni" jerit Jessy lantang. 


"Ye! Aku nak keluarlah ni"  balas Amira pula.


"Lambat betullah kau ni. Lembab" 

Pantas Amira menjeling tajam ke arah Jessy. Gadis bermulut lancang. Mahu sahaja mulutnya itu disumbat dengan kasutnya ketika ini. Namun, kesabarannya melebihi dari segalanya. 


"Sudahlah.. kita dah lambat ni. Jom masuk. DD asyik call aku je bila kita nak sampai." Ujar Fatin. DD yang dimaksudkan adalah nama panggilan mereka kepada Dazrin. 


"Muka tu jangan selenge boleh tak Mira? Senyum sikitlah" tegur Zara yang dari tadi asyik memerhati gelagat tiga sahabatnya itu.  


Jessy dengan wajah selamba terus menghilangkan diri ke dalam kereta. Diikuti pula dengan Amira yang menunjukkan wajah kelatnya. Bengang dengan sikap Jessy yang agak biadap itu. 


Tidak lama kemudian, kereta myvi merah kepunyaan Fatin meluncur laju ke arah jalan besar dan seterusnya hilang bersama dengan kepekatan malam dan juga di celah-celah kenderaan lainnya. 


1 jam perjalanan, mereka sudah memasuki satu simpang jalan yang agak sunyi. Sudahlah gelap, kiri kanan jalan pula diliputi dengan hutan tebal. 


"Betul ke ini jalannya?" Soal Zara yang memecah kesunyian mereka. 


"Aku rasa betullah tu. Kalau ikut pada lokasi yang DD bagi ni, betullah ini simpangnya" jawab Fatin dengan yakin. 


Amira yang berada di belakang pemandu sudah gelisah. Dengan pantas dia merapatkan sebuah buku tebal ke dadanya. 


Jessy yang perasan dengan perubahan sikap Amira tergelak-gelak. 


"Kau takut eaaa?" Soal Jessy. 


"Diamlah. Tak ada kena mengena dengan kau" balas Amira. Marah kerana ditertawakan. 


"Kau nak takut apa.  Bukan ada hantu pun kat sini." Balas Jessy. Tawanya masih lagi bersisa. 


"Mulut tu jaga Jessy. Jangan bercakap sembarangan. Kita dekat tempat orang. Kita tak tahu kita ada dekat mana sekarang ni" pantas Fatin  membidas kata-kata Jessy. Amira merasa sedikit lega. Sekurangnya ada juga orang yang membela dirinya. 


"Alah, relakslah.. aku cuma bergurau je. Usik si Mira yang penakut ni. Takkan itu pun nak marah. Tak sportinglah korang ni" jawab Jessy tanpa rasa bersalah.


 Amira merengus geram. Marah dengan sikap Jessy yang tidak sensitif.   


"Kalau betul hantu tu wujud, aku nak dia cekik kau dulu. Baru kau tahu" Ujarnya sambil menjeling ke arah Jessy. 


"Hahahaha.. ye? Aku tak takut pun. Sebab aku tahu hantu tak wujud. Aku tak pernah percaya dengan kewujudan benda-benda merepek ni. Lagipun aku pasti, hantu pun takut tengok aku sebab aku ni lebih hantu dari hantu tau.." Balas Jessy sambil tersenyum sinis. 


Amira diam. Malas mahu bertekak dengan orang yang angkuh seperti Jessy. Buang masa!


Kereta mereka terus menerus menyelusuri jalan sunyi itu, mereka dapati tidak terdapat sebiji rumah pun di sepanjang jalan. 


Zara cuba untuk menghubungi Dazrin. Namun malangnya, tidak terdapat sebarang isyarat di situ dan Dazrin gagal dihubungi. 


"Macam mana ni?" Tanya Zara. Jarinya ligat menekan- menekan skrin Telefon bimbitnya.


 Pantas Fatin memberhentikan keretanya di bahu jalan. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba menghubungi Dazrin. Namun tetap gagal. 


"Telefon aku pun tak ada isyarat ni." Beritahu Fatin. 


"Habis tu macam mana sekarang?" Soal Zara. 


"Kita teruskan perjalanan kita, kalau ada hotel dekat-dekat sini kita terpaksa menginap dulu. Pagi-pagi esok kita geraklah" cadang Fatin. 


"Hotel? Sebiji rumah pun tak ada dekat sini. Macam mana nak ada hotel?. Kau biar betul" tanya Jessy pula. 


"Kita usahalah. Berdoa semoga ada. Dah tu kau nak tidur dekat sini? Tepi jalan? Tak takut kalau ada perompak? Pembunuh?" Celah Zara. 


"Aku takutlah"luah Amira pula. Matanya melingas memandang keadaan sekelilingnya. 


"Boringlah kau orang ni. Tak adventure langsung. Itu nak takut..ini nak takut. Pengecut" kata Jessy sambil tersengih-sengih. 


Zara, Fatin dan Amira bertindak mendiamkan diri. Malas mahu membalas omongan sombong Jessy. 

Enjin kereta dihidupkan dan mereka meneruskan perjalanan untuk mencari hotel. 


1 jam, 2 jam sehingga 3 jam lamanya hotel yang dicari tak juga dijumpai. Keempat sahabat itu mula berputus asa. 


"Fatin, teruskan. Mana tahu kita akan jumpa hotel dekat depan tu" arah Zara, dia yakin mereka akan menemui hotel untuk mereka menginap.


 Amira memeluk erat-erat alquran yang berada didakapannya. Bibirnya terkumat kamit membaca sesuatu. 

Jessy yang berada di sebelah sedang menjeling ke arahnya tidak dihiraukan. 


"Hah! Tu kat depan tu ada bangunan. Mungkin itu hotel." Tiba-tiba sahaja Jessy menjerit sambil jari telunjuknya menuding ke hadapan apabila matanya terlibat cahaya yang agak terang. 


"Yelah..jom kita ke sana." Ajak Zara. 


"Jangan!..Aku rasa lebih baik kita jangan singgah ke tempat tu. Kita teruskan sahaja perjalanan. Mana tahu kita akan jumpa jalan ke rumah DD. Lagipun aku tak sedap hatilah" luah Amira. Semakin erat didakap alquran itu


 "Kau ni tak habis-habis dengan tak sedap hati kau tu. Pergi jahanamlah. Aku dah letih sangat ni. Penat tau"


 Amira mengetap gigi. Menahan rasa geram kepada Jessy. Sejak akhir-akhir ini sikap Jessy agak berlainan. Mungkin gadis itu marah kerana Haris. Amira tidak pasti akan hubungan sebenar Jessy dengan Harris, yang pasti antara dirinya dengan lelaki itu hanya sekadar kawan biasa tidak lebih dari itu.


Sebenarnya, Amira sukakan seseorang. Mencintainya dalam diam. Dia lebih suka memerhati dari jauh dari mendekati, kerana lelaki itu sudah mempunyai teman istimewa. 


 Kereta myvi merah yang dinaiki empat sahabat ini berhenti betul-betul di hadapan sebuah bangunan yang terang benderang di limpahi sinaran lampu yang bergermelapan. Bangunan itu kelihatan agak lama dan berusia. Tapi mereka tidak kisah asalkan mereka dapat melepaskan lelah. 


Amira teragak-agak mahu melangkah masuk. Hatinya gundah gelisah. Perasaannya tidak menentu waktu itu. Dadanya sentiasa berdebar-debar dan firasatnya ada sesuatu yang tidak kena.


"Jemputlah masuk" 

Keempat sahabat itu pantas menoleh ke belakang. Seorang wanita jelita berkebaya hitam, terselit bunga insha di rambutnya.


"Bunga harum sundal malam" bisik Amira dalam hati. Dan tiba-tiba wanita misteri yang muncul secara mengejut itu mengerling ke arah Amira seolah-olah dia dapat mendengar suara hati gadis itu. Wanita itu tersenyum dan senyumannya agak sinis. 


"Cik ni siapa?" Soal Zara. 


"Sayalah pemilik hotel ini. Nama saya Jasmin. Silakan masuk" ujar wanita yang bernama Jasmin itu. 

Keempat sahabat itu melangkah perlahan masuk ke dalam bangunan itu. Pintu Kayu yang masih kelihatan utuh di tolak perlahan dan menyebabkan bunyi keriut yang membingitkan. 


"Berapa bilik yang kamu mahu?" Tanya Jasmin sambil tersenyum. 


Di samping itu, Bau bunga harum sundal malam menusuk-nusuk ke deria setiap dari mereka. 


"Wanginya" ujar Jessy memuji. 

Fatin membiarkan Zara menguruskan penginapan mereka. Sesekali matanya melewati setiap hiasan yang ada di dalam bangunan itu. Banyak barang-barang antik yang cantik tergantung dan di jadikan sebagai hiasan. 


"Ini kuncinya dan bilik kamu berada di tingkat 10." Beritahu Jasmin sambil menyerahkan kunci bilik kepada Zara. 


"Terima kasih Puan..okay korang..jom! Aku dah letih sangat ni" kata Zara sambil memandang semua wajah sahabat-sahabatnya. 


Amira mengekori mereka bertiga dari belakang. Kemudian, waktu itu hatinya tergerak untuk menoleh ke arah kaunter dan wanita itu telah tiada!

Amira gugup namun dia bertindak untuk mendiamkan diri. 


Apabila sampai ke tingkat 10. Mereka melalui beberapa buah bilik dan laluan yang agak suram kerana Lampu yang terpasang. 


Bilik 110. Terpampang jelas angka itu di hadapan mata dan yakin itulah bilik yang mereka sewa untuk semalam. 


"Tingkat 10, no bilik 110?" Amira bergumam dalam hatinya.

Pintu bilik terbuka dan mereka dapat merasakan satu hembusan angin dingin ke arah muka mereka. Begitu juga dengan Amira. Namun, dia cuba berlagak biasa.


"Wahhhh! Cantiklah" puji Jessy. Senyumannya lebar sehingga ke telinga. 


Amira melangkah masuk dengan berhati-hati. Terasa tapak kakinya memijak lantai yang lembab dan sejuk. Sedangkan lantai itu kering tanpa setitik air.


 Amira teragak-agak untuk melangkah dan ketika itu juga deria hidunya tercium bau wangi yang semerbak. Pantas gadis itu berlari dan melompat ke atas katil. 


Fatin yang terkejut dengan tindakkan Amira merasa pelik dengan sikap sahabatnya itu. 


"Kau ni kenapa Mira. Dah macam kena kejar hantu je" tanya Fatin. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil bersebelahan Amira.


 Amira hanya mendiamkan diri. Tubuhnya menggeletar. Dia langsung tidak dapat mengangkat wajahnya. Ketakutannya mengatasi segala-segalanya.  Zara yang berada hampir diberanda menoleh ke arah Amira. 


"Kau okay tak, Mira?" Tanya Zara. Dia risau dengan keadaan Amira yang tiba-tiba sahaja berubah sikap. 


Amira hanya mengangguk. Pertanyaan Zara langsung tidak dijawab. 


"Kau tak payah risaulah. Amira tu penakut. Fikirkan sangat benda yang tak masuk akal tu. Sebab tu jadi macam tu" sindir Jessy.


 "Jes..." Fatin memberi isyarat mata supaya gadis itu berhenti menyindir Amira. Fatin tahu Amira seorang yang penakut dan dia juga tahu kenapa gadis itu begitu. Hanya dia saja yang mengetahui rahsia milik sahabatnya, Amira. 


Jessy mencebik lalu mencapai tuala yang dilipat elok di dalam almari. 


"Baik aku mandi dari layan korang berdua" Jessy terus menghilang disebalik pintu. 


Zara yang berdiri di beranda hanya menggelengkan kepala melihat kerenah tiga sahabatnya itu. Sehari kalau tidak bertengkar sesama sendiri, tidak meriah rasanya walaupun adakala dia merasa jengkel. 


"Kau tak lapar ke?" Tanya Fatin. Perutnya berkeriuk minta diisi.


 "Lapar.. jom kita turun cari makan." Ajak Zara. Kunci kereta yang berada di atas meja, segera dicapai. baru sahaja mereka berdua ingin membuka pintu, Jessy keluar dari bilik mandi.


"Nak ke mana?" 


"Nak cari makanan. Lapar ni. Kau nak makan apa?" Tanya Fatin. 


"Belikan aku mee goreng" balas Jessy.

Zara dan Fatin terus melangkah keluar dari bilik dan jalan menuju ke arah lif. Jam yang berada di tangan, Zara kerling. Sudah hampir 1 pagi. Harapannya semoga masih ada lagi gerai atau warung yang masih dibuka. 

Ketika berjalan menuju ke lif, 

seseorang telah melanggar tubuh Zara dengan kuat. Pantas Zara menoleh dan apa yang aneh, tiada sesiapa.  


"Siapa yang langgar aku tadi?" Soal Zara perlahan kepada Fatin.


"Langgar? Aku tak nampak sesiapa pun yang jalan depan kita. Apalagi nak langgar kau. Perasaan kau tu je kot" jawab Fatin. 


Zara merasa aneh. Dia betul-betul dapat merasakan tubuhnya dilanggar sesuatu. 


Setibanya mereka di hadapan lif, seorang wanita berambut panjang keperangan dan berpakaian blouse merah hati sedang berdiri tegak di hadapan pintu lif. Zara dan Fatin pula hanya berdiri dibelakang  wanita itu. 


"Tinggggg!"pintu lif terbuka. Wanita berambut panjang perang juga ikut masuk. 


Fatin mengambil peluang untuk mengerling wanita misteri yang berada di sebelahnya.


 "Kat mana nak cari makan ni?" Tanya Fatin. Matanya masih lagi tidak beralih dari wanita misteri yang berada di hujung sudut bersebelahan dengannya. 


"Kita cari je dekat mana-mana. Kita tanya staff dekat kaunter penyambut tetamu tu" ujar Zara. 


Tiba-tiba sahaja lif berhenti di tingkat 3. Pintu lif terbuka luas dan wanita misteri yang berada bersama dengan mereka tadi melangkah keluar dari lif. 

Tiba-tiba sahaja tubuh wanita itu berpaling ke arah mereka berdua. Matanya yang tepat memandang tajam ke anak mata Fatin dan juga Zara. 

Kedua sahabat itu mulai resah. Wajah wanita itu seakan-akan menunjukkan riak amaran. 


"Ya cik? Ada masalah apa?" Soal Zara berani walaupun ketika itu tubuh dan kakinya sedang menggeletar. 


Fatin pula menyembunyikan diri di belakang Zara. 


"Keluar dari sini..keluar dari sini.." kata wanita itu berulang-ulang.


Zara dan Fatin terkedu. Belum sempat mereka berkata sesuatu, pintu lif telah tertutup. 


"Apa maksud dia?" Soal Fatin ingin tahu. 


Zara hanya menggeleng. Dia sendiri tidak pasti apa maksud kata-kata wanita itu. 


Ketika sampai di lobi, keadaan sunyi sepi. Tiada sesiapa yang berada di situ pada jam 2 pagi. Staff yang bertugas juga tiada di tempatnya. Mungkin sedang tidur mati. 


"Tak ada oranglah. Kita pergi jelah. mana tahu ada warung yang masih buka" cadang Fatin. Zara juga berpendapat yang sama. Segera mereka melangkah keluar dari hotel tersebut menuju ke parking kereta. 

Belum sempat mereka sampai, mereka terserempak pemilik hotel di situ. 


"Nak ke mana?" Tanya Jasmin. 

Fatin memandang wanita itu dari atas sehingga ke bawah. Sempurna! Belum pernah lagi dia menemui seseorang yang begitu cantik parasnya seperti wanita ini. Pakaian yang tersarung di tubuhnya begitu padan dan sesuai menyerlahkan lagi kejelitaan asli pemiliknya. Walaupun zaman sudah berubah wanita jelita ini masih mengekalkan pakaian kebaya tradisional. Persis wanita melayu terakhir. Rambut yang dibiarkan terurai di sisir rapi dan terselit sekuntum bunga berwarna putih. 

Serentak dengan itu, kedua mereka tercium bau wangi dari bakul yang di bawa oleh Jasmin. 


"Apa tu? Wanginya.." tanya Fatin. Dia cuba menjengah ke arah dalam bakul rotan yang di bawa. 


"Oohhh.. ini bunga harum sundal malam. Baunya memang wangi" lembut  sahaja suara Jasmin. Gemersik. 


"Patutlah hotel Cik Jasmin ni berbau wangi. Rupanya Inilah rahsianya" ujar Zara sambil tersenyum.


"Nak ke mana? Dah lewat ni" sekali lagi soalan itu di ajukan kepada Zara dan temannya. 


"Nak cari makan. Mana tahu ada lagi warung atau kedai yang masih buka" beritahu Zara. 


"Dah lewat sangat ni. Tak pasti ada lagi atau tak warung yang masih buka" 


"Tak apalah kalau macam tu. Kami kena cari juga. Harap-harap ada lah rezeki untuk kami. Kami pergi dulu Cik Jasmin" ujar Zara meminta diri.  

Jasmin hanya memerhati dengan satu pandangan yang sukar difahami.

Ketika mereka dalam perjalanan mencari makanan, fikiran Fatin menerawang mengingatkan kepada seorang gadis misteri yang ditemui didalam lif sebentar tadi. 


"Keluar dari sini..." Kata-kata itu sentiasa berulang-ulang dalam fikirannya. 


"Kau kenapa, Fatin? Dari tadi aku perhati, kau banyak termenung" tegur Zara. 


"Perempuan dalam lif tu" 


"Kenapa dengan dia?"


"Aku rasa pelik. kenapa dia cakap macam tu pada kita?" 


"Manalah aku tahu. Dahlah, kau ni dah macam Amira pula. Fikirkan sangat benda-benda mengarut macam tu" 

Fatin hanya mampu mendiamkan diri. Otaknya mula ligat nemikirkan sesuatu. kata-kata Zara bagaikan angin lalu kepadanya. 


Di bilik hotel


Amira masih dalam keadaan yang sama. Memeluk alquran di dadanya. Mulutnya terkumat kamit tidak berhenti-henti. 


Jessy pula tidak habis-habis menghadap wajahnya di cermin. Membelek setiap inci wajahnya dengan sebuah senyuman.


"Cantik juga aku ni" ujar Jessy memuji dirinya sendiri. 


'treeettt...treeettt..' Nada mesej masuk kedengaran di telefon Jessy. Pantas gadis itu membuka dan membaca teks itu. 


"Aku dengan Zara lambat sikit. Kalau kau dengan Amira nak tidur dulu. Tidurlah. jangan tunggu. Bila aku dah balik, aku kejutkan kau. Kunci ada pada aku" _ Fatin


"Huhhhh" terdengar rengusan dari Jessy. 


"Nak tidur macam mana. Perut aku lapar ni" rungutnya.


Jessy terus berjalan menuju ke arah sebuah peti sejuk yang tersedia. Sangkanya ada air yang boleh diminum untuk melegakan rasa hausnya. Namun, dia rasa kecewa kerana tiada satu pun botol air di situ. 

Kemudian, Jessy mengambil keputusan untuk keluar mengambil air di luar biliknya. 


"Aku keluar sekejap ambil air" beritahu Jessy kepada Amira. Namun tiada respon dari gadis itu. 



Bab 2


Jessy berjalan perlahan-lahan mencari sumber air. Namun tiada di situ. Dia pasti dan sangat yakin sumber air yang di lihatnya ada di kawasan berdekatan. 


"Mana pula air ni. Tadi aku ada nampak dekat-dekat sini" ujar Jessy bercakap sendirian sambil memerhati ke setiap ruang sudut. Sudahlah di situ agak gelap dan ianya sedikit sukar untuk melihat. 


"Kakak cari apa?" Seorang gadis yang berumur lingkungan 14 tahun sedang terkebil-kebil memandang Jessy yang sedang mencari sesuatu. 


Teguran secara tiba-tiba itu membuatkan Jessy terkejut. Merah padam wajahnya ketika itu. Nafasnya laju dan dadanya kelihatan turun naik. Jessy mengurut dadanya perlahan sambil menarik nafas dalam-dalam.


"Kau ni buat aku terkejutlah. Nasib baik aku tak ada lemah jantung. Kalau tak, mati dah" bebel Jessy. Botol mineral kosong yang terjatuh diambil semula. 


"Maaf kak. Saya tak sengaja" jawab gadis itu. Dia mempamerkan riak waja sedih. 


"Aku maafkan. Lain kali jangan buat macam tu tau." Jessy memberi amaran. Bibirnya juga dimuncungkan.


"Kakak cari air ke?" Tanya gadis itu lagi memandangkan dia melihat Jessy memegang sebuah botol kecil yang kosong di tangan. 


"Dah tahu tanya pula. Kau tu buat apa dekat sini? Dah lewat dah ni. Kau lari rumah ya? Lari dengan boyfriend kau?" Soalan cepumas keluar dari mulut Jessy. Tiada langsung perasaan bersalah dalam dirinya. Dia peduli apa!


"Taklah kak. Saya dengan makcik saya datang menginap dekat sini. Saya cari makcik saya. Dari tadi keluar tak balik-balik. Risau saya dibuatnya" luah gadis itu. Jessy mengangguk perlahan. Faham apa yang dikatakan oleh gadis itu. Kemudian, Jessy meneruskan langkahnya menuju ke hujung lorong. Di situ dia terlihat ada sebuah botol besar yang berisi air. 


"Nama saya Intan. Nama kakak siapa?" Soal gadis muda itu ingin tahu. 


"Panggil aku Jessy. Tak payah panggil aku kakaklah. Aku bukan kakak kau" kata Jessy sambil menjeling tajam ke arah gadis muda itu. 


Gadis muda yang bernama Intan hanya mampu tersenyum. 


"Dah..kau pergi balik bilik kau. Nanti makcik kau balik kau tak ada, risau pula dia." Arah Jessy kemudian dia terus menoleh ke arah tempat di mana Intan berdiri. Namun, gadis muda itu lesap hilang entah ke mana tanpa dia sedari. 


"Aik..baru cakap dah hilang? Baguslah.. aku pun tak suka nak berbual dengan orang yang aku tak suka" Bebelnya lagi. 


Usai mengisi air, Jessy terus menghayunkan langkahnya pulang ke dalam bilik. Dalam perjalanan dia terserempak dengan seorang wanita yang berambut panjang keperangan dan memakai pakaian warna merah hati. 


Jessy dan wanita itu berselisih bahu. Jessy sempat mengerling ke arah wanita itu. Selepas melepasi wanita misteri tersebut, Jessy tiba-tiba sahaja tercium bau busuk yang menyengat. Segera dia menutup hidungnya dengan tangan. 


"Apa yang busuk sangat ni? macam bangkai! Ish.." Kutuk Jessy kuat. Dia tidak peduli jika wanita yang berselisih dengannya tadi mendengar apa yang baru sahaja dikatakan Jessy. 

Apabila sampai di hadapan bilik, Jessy membuka pintu dengan perlahan. Pintu bilik itu tidak ditutup sepenuhnya dan hanya disendal dengan alas kaki. 


"Nasib baik jumpa air. Apalah hotel ni. Sebotol air pun tak ada dalam bilik. Menyusahkan aku kena keluar cari pula.. " Bebelnya sendirian. 


Jessy terus berjalan menuju ke arah peti sejuk. Air yang baru sahaja diambil diletak kan dalam satu ruang dan pada waktu itu, telinganya terdengar seseorang sedang bercakap.  Jessy memasang telinga. 


"Kakak kena tunggu kawan-kawan kakak baru kami semua boleh keluar." Dahi Jessy berkerut dan berlapis-lapis. 


"Itu suara Mira. Dengan siapa dia bercakap?" Soal Jessy pada dirinya sendiri. Tetapi Jessy membuat keputusan untuk mendengar lagi butir-butir perbualan Amira dengan seseorang. 


"Salah seorang dari kami mati tak lama lagi? Siapa, Intan?" 


"Intan? Bukan ke nama itu pemilik seorang budak perempuan ta.." kata-kata Jessy berhenti di situ. Dia pantas berjalan menuju ke ruang tamu di mana Amira berada.


 Jessy melihat Amira mencangkung di tepi beranda sedang bercakap-cakap dengan seseorang yang tidak kelihatan batang tubuhnya. Jessy menelan air liur. Situasi itu membuatkan dia merasa sedikit takut namun, dia cuba berlagak biasa. 

"Amira?" 


Gadis itu menoleh ke arah Jessy. Wajahnya sedikit memucat. Matanya pula merenung tajam tepat ke anak mata Jessy. Amira bangun dan berdiri tegak. Tiada langsung sekelumit senyuman buat Jessy. Perlahan-lahan, gadis itu menapak perlahan satu persatu menghampiri Jessy. 


Jessy menoleh ke arah katil, alquran yang sentiasa berada dengan Amira berada di situ. Tidak pernah sekali pun Amira meninggalkan alquran itu jauh dari dirinya.  Jessy mula berpeluh. Di dalam hatinya, ada sesuatu yang terjadi kepada sahabatnya itu. Tapi apa?


"Mira? Kau ni kenapa? Jangan pandang aku macam tu" Jessy mula berundur.


"Kenapa? Kau takut? Kau kata, kau lah yang paling berani" kata-kata pedas itu meluncur laju dari mulut Amira. Jessy terdiam. 


"4 budak perempuan.. main sama-sama.. Sorang bakal mati, tinggallah 3.. hihihihi" gelak tawa Amira menambahkan lagi ketakutan Jessy. Dalam fikirannya, dia berharap agar dua sahabatnya itu segera pulang. 


"Kau kata kau tak takut.. kenapa kau jauhkan diri aku, Jes?" Soal Amira sambil tersengih-sengih. 


"Amira! Kau ni dah kenapa? Jangan macam ni, Mira" kata Jessy sedikit membentak. 


"4 budak perempuan main sama-sama.. sorang bakal mati.. tinggallah 3.. " berulang-ulang nyanyian itu di mulut Amira membuatkan Jessy menutup telinga kerana tidak tahan. 

Semakin Jessy mengundur, dia semakin dekat dengan pintu bilik. Tanpa membuang masa, Jessy terus berlari keluar dan menuju ke arah lif.

Namun sayangnya, lif itu langsung tidak berfungsi. Jessy merengus geram lalu dia mengambil jalan lain iaitu laluan tangga. 


Keadaan yang gelap langsung tidak dihiraukan Jessy, yang penting dia mencari tempat yang selamat untuk bersembunyi. 


Ketika melalui tangga, dia berhenti sementara untuk berehat sebentar. Baru sahaja nafasnya kembali normal, Jessy menangkap satu bunyi dari tingkat bawah seperti bunyi tangisan 

seseorang. 


"Hello!" 


"Helloooo! Siapa tu?" 


Namun tiada sesiapa yang menyahut panggilan Jessy. 


Kemudian, gadis itu cuba memberanikan diri untuk melihat siapakah empunya suara tersebut. 

Langkahnya semakin hampir, akan tetapi suara tangisan yang di dengari sebentar tadi tiba-tiba sahaja lenyap. 


"Pap!" 


Satu tepukkan terasa di bahunya. hampir tercabut jantungnya ketika itu kerana terkejut. 


"Eh Cik Jasmin. Saya ingatkan siapa tadi. Terkejut saya" hatinya merasa lega kerana yang menemuinya ketika saat begini ialah pemilik hotel.  


"Awak buat apa dekat sini? Kenapa tak tidur lagi?" Tanya Jasmin sambil tersenyum.


Jessy serba salah untuk beritahu perkara yang sebenarnya. Dia bimbang jika wanita itu tidak akan mempercayai cerita yang akan disampaikan. Sama seperti dirinya yang sering menyangkal kebenaran cerita Amira. Kini baru dia sedar akan hal itu dan Jessy menyesal. 


"Saya akan percaya apa sahaja cerita awak, Jes. Percayalah" 


Jessy terdiam. Di dalam hatinya berkata-kata. Bagaimana wanita ini tahu apa yang dia fikirkan.


"Dah alang-alang jumpa awak dekat sini, marilah ke bilik saya. Bilik saya satu tingkat dengan awak. Tapi paling hujung. Boleh kita sembang-sembang sambil minum kopi. Itu pun kalau awak sudi" ujar Jasmin tersenyum sambil mempelawa tetamu hotelnya ke bilik. 

Jessy terus bersetuju tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia juga terlupa tentang teman sebiliknya Amira dan juga suara tangisan yang di dengari sebentar tadi. 


Di luar hotel..


Zara memandu agak perlahan dan masih lagi mencari kedai makan. 


"Kita balik ke hotel je lah, Zara. Aku tak nampak satu apa pun dekat sini. Semuanya pokok-pokok je." Rungut Fatin. Perutnya yang lapar sentiasa berbunyi minta diisi. 


"Sabarlah.. mana tahu depan tu ada. Kita jangan putus asa" nasihat Zara.


"Aku pinjam telefon kau sekejap. Telefon aku tertinggal dalam bilik" Fatin terus mengambil telefon pintar milik Zara lalu dia cuba menghubungi Jessy. Namun ianya gagal kerana tiada langsung isyarat di situ. 


"Tak dapatlah. Line tak ada" 


"Kau cuba mesej dia, bagitahu kita mungkin lewat sikit. Jangan tunggu kita" beritahu Zara. 


Fatin terus menghantar pesanan text kepada Jessy dan juga Amira. Namun,text tersebut gagal di hantar.


"Macam ni lah.. kita teruskan lagi sikit. kalau tak jumpa juga kita baliklah". Cadang Zara pula. Fatin hanya menurut. 


Mereka berdua meneruskan lagi perjalanan. Baru beberapa minit, Zara terlihat ada beberapa orang sedang berkerumunan di hadapan sebuah gerai di tepi jalan. 


"Itu!" Fatin hampir terkejut apabila dia ternampak sebuah gerai makan. Ianya terletak betul-betul di tepi jalan raya. Dan kawasan di situ agak lapang.

Pantas Zara membelok lalu memarkirkan kereta myvinya bahu jalan. 


"Ramainya orang" kata Fatin. 


"Jom masuk"


 Kedua gadis itu melangkah masuk ke dalam gerai. Mereka duduk di sebuah meja paling hujung.


 Kesemua pelanggan sibuk menikmati hidangan masing-masing. Ada di antaranya  membawa keluarga dan ada juga yang datang bersama rakan-rakan.


"Assalamualaikum, nak makan apa? Minum?" Datang seorang lelaki tua yang berusia lingkungan 68 tahun mengambil pesanan. 


"Waalaikumsalam.. nasi goreng kampung dua, air kopi o panas dua. Mee goreng dua tapi mee goreng tu bungkus ya pakcik" kata Zara dengan sopan. 


Lelaki tua itu tersenyum lalu beredar. 

Dalam lebih kurang 13 minit, makanan yang di pesan sudah pun tiba. Aroma yang datang dari makanan itu membuatkan mereka berdua bertambah lapar. 


"Maaf kalau pakcik ganggu anak berdua. Anak ini dari mana?" Tanya lelaki tua itu. 


"Kami dari Muar nak ke Kota Tinggi pakcik. Nak kerumah kawan kami yang bakal melangsungkan perkahwinannya dua hari lagi." Beritahu Zara jujur. Nasi goreng yang terhidang disuap ke dalam mulut. 


"Tapi kami sesat, dan kami terpaksa menginap di hotel dekat sana tu" ujar Fatin pula. 


"Hotel? Dekat sini mana ada hotel? Bangunan terbiar adalah. Dah lama bangunan tu nak dirobohkan. Tapi tak boleh. Tak tahulah apa sebabnya" 

Zara menghentikan suapannya. Begitu juga dengan Fatin. Cerita yang baru sahaja di sampaikan kepada mereka sebentar tadi membuatkan mereka berdua tergamam. 


"Mana ada bangunan terbiar pakcik. Kami tak jumpa pun bangunan tu. Yang kami jumpa hotel itulah. Hotel tempat kami menginap tu" kata Fatin pula. Hatinya seperti tidak dapat menerima apa yang lelaki tua itu katakan. 


"Mungkin hotel baru agaknya. Apa pun nak, pakcik nak pesan sikit ni. Jangan sesekali kamu percaya dengan mudah apa yang kamu lihat. Tak semuanya nyata pada pandangan mata kita sebagai manusia. Apa pun, pakcik minta maaflah kalau ada kata-kata pakcik yang buat anak berdua tak selesa." Panjang lebar pesanan dari lelaki tua itu. Zara dan Fatin sekali lagi terdiam. Mereka tidak memahami apakah maksud yang lelaki tua itu katakan kepada mereka sebentar tadi. 


"Cepat habiskan makanan lepas tu kita balik. Hati aku tak berapa sedap ni. Lagipun Amira tak berapa sihat." Ujar Zara. Air kopi yang masih meruap asapnya dihirup perlahan. Begitu juga dengan Fatin. Perasaannya ketika ini berbaur. Apalagi dia asyik teringat akan wanita misteri yang ditemui dalam lif di hotel. 


Selepas membuat bayaran, kedua sahabat ini terus menghilangkan diri dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan dan mereka terus meninggalkan gerai itu dengan segera. 


Pemilik gerai iaitu lelaki tua tersebut 

hanya memerhati dengan satu pandangan yang tajam tanpa sekelumit senyuman. 


"Kenapa dengan mereka, ayah?" Soal Taj. Anak lelaki kepada lelaki tua itu. 


"Kita tak boleh berdiam diri lagi, Taj. Kita kena tolong mereka." Kata lelaki tua itu. Matanya masih lagi merenung ke arah kereta myvi milik Fatin sehingga kereta itu hilang di telan kegelapan malam. 


"Baik ayah. Nanti Taj kumpul jemaah lain" 


Bab 3


Fatin dan Zara terus meluru masuk ke dalam hotel. Di dalam fikiran mereka adalah Amira dan juga Jessy. Tetapi mereka lebih bimbangkan tentang Amira. 


Fatin memandang ke arah kaunter pertanyaan. Namun keadaannya masih sama seperti mereka keluar tadi. Tiada seorang pun yang bertugas di situ. 

Fatin bingung. Begitu juga dengan Zara. Mereka sendiri tidak pasti apakah  sebenarnya yang terjadi kepada mereka. 


Fatin pantas menarik lengan Zara menuju ke lif. Butang lif ditekan berkali-kali tetapi pintu lif  tidak juga terbuka. 


"Masa-masa macam ni lah dia nak buat hal. Kita naik tangga sajalah" terdengar rengusan geram dari Fatin dan mereka berdua terus berlari menghala ke arah tangga. 


Setibanya mereka di tingkat 4, tenaga mereka mula melemah. Terasa urat sendi di tubuh dan kakinya mula sengal-sengal. Fatin duduk melepaskan lelah begitu juga dengan Zara. Nafas mereka memburu laju. 


"Aku tak larat lagi dah nak naik tangga. Bilik kita ditingkat 10. Kita masih ada dekat tingkat 4. Aku dah penat" luah Fatin sambil mengelap peluh di dahi. 


"Kita cuba naik lif di tingkat ni. Mudah-mudahan nasib menyebelahi kita" kata Zara. 

 

Setelah beberapa minit mereka berehat, keduanya terus berjalan menghala ke arah lif dengan segera. Nasib mereka baik kerana lif tersebut sudah pun berfungsi. 


"Aku rasa ada sesuatu yang aneh dengan tempat ni, Zara" bisik Fatin perlahan. 


"Begitu juga dengan perempuan tu" balas Zara pula. Wajah Jasmin kini sedang bermain-main di mindanya. 


"Tinggggg!!" Pintu lif terbuka dan mereka berdua pantas berlari menuju ke bilik penginapan. 


Pintu di buka dan kelihatan Amira duduk mencangkung di atas meja. Perbuatan Amira membuatkan Zara dan Fatin tergamam. Kelu lidah mereka untuk bersuara. 


Amira yang mencangkung di atas meja ketawa mengekek-ngekek. Air liurnya mengalir deras dari mulutnya apabila terbuka. 


Zara cuba merapati Amira namun dia masih lagi teragak-agak untuk berbuat demikian. 


"Mira..kau ni kenapa? Turun dari situ Mira." Pujuk Zara. 


"Dia... Dia..Dia dah mati! Pompuan tu dah mati. Dia dah mati.. " Zara tergamam. Fatin pula kaku di situ. Kata-kata dari Amira benar-benar membuatkan mereka berdua takut dan bimbang. 


"Lariii.. kalau kau tak nak mati. Lariii!! Keluar dari sini" kata Amira lagi. Kata-kata itu membuatkan mereka berdua merasa takut. Namun, mereka tidak mahu keluar tanpa Amira dan Jessy. 


"Kita kena cari Jessy, Zara" 


"Kau dah terlambat. Dia dah mati! Dah mati! Hahahahahaha! Perempuan sombong itu dah mati!" Hilai tawa Amira bergema. Fatin menekup mulut. Dia tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar. 


"Kau tipu. Aku tak percayakan kau!" Bentak Fatin sekuat hati. Lengan Zara digenggam erat. Lalu memberi isyarat mata untuk menarik Amira dan membawanya bersama. 


Zara mengangguk tanda setuju dengan cadangan sahabatnya. Dengan kiraan 123 mereka terus menarik Amira dan keluar dari bilik penginapan mereka. Baru sahaja mahu melangkah, Seorang wanita misteri yang mereka temui di dalam lif sedang berdiri tegak sambil menuding jari ke arah bilik yang paling hujung. 


"Apa yang dia buat tu, Zara?" Soal Fatin. Tubuhnya sudah lencun dihujani peluh dingin. 


"Aku tak fahamlah. Apa ni?" Balas Zara pula. 


"Dia nak beritahu kita di mana Jessy agaknya" kata Fatin memberi kan andaiannya. 


"Ya, mungkin" 


Kemudian, mereka berdua memusingkan tubuhnya menghala ke arah bilik hujung yang gelap gelita. 

Amira pula pengsan tidak sedarkan diri. Fatin dan Zara mengambil keputusan untuk membaringkan Amira di hadapan bilik untuk sementara. 

Kaki mereka melangkah secara perlahan dan senyap. Mereka berhati-hati agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. 


Apabila mereka sudah tiba di hadapan pintu itu,perlahan tombol pintu di pusingkan dan pintu itu sedikit terbuka. 


Serta merta bau busuk dan hanyir  menusuk-nusuk ke deria pernafasan mereka. 


"Allah..busuknya! Macam bau bangkai yang dah lama mati. Tapi kalau bangkai haiwan takdelah sebusuk ini" Fatin tidak dapat menahan bau busuk tersebut. Dia merasa loya dan seterusnya muntah di situ juga. 


"Kau okay ke tak ni?" Soal Zara. Bimbang akan keadaan Fatin yang wajahnya mula berubah Rona. Pucat! 


"Aku okay. Kau jangan risau. Aku dapat rasa ada yang tak kena. Lebih baik kita masuk dan tengok apa yang ada di dalam. Mana tahu Jessy ada di dalam tu" cadang Fatin. Dia tidak peduli keadaannya yang begitu. Apa yang lebih penting adalah keselamatan sahabatnya dan diri mereka sendiri. 


Pintu dikuak ke dalam. Bunyi keriutan menambahkan rasa seram. Setapak demi setapak mereka melangkah. Keadaan di dalam bilik agak gelap dan ianya sukar untuk mereka berdua melihat lantas Zara menggunakan lampu suluh dari telefon bimbitnya. 


Selain bau busuk yang meloyakan..mereka juga tercium bau hanyir darah.   Fatin menahan rasa loyanya dari muntah buat kali kedua. 

Semakin lama, semakin jauh mereka masuk ke dalam. Zara dan Fatin berjalan dan terus berjalan sehinggalah Fatin tersandung sesuatu yang bulat, berbulu dan lembut. 


"Zara.. benda apa yang aku langgar tu?" Soal Fatin ingin tahu. 


Zara pantas membungkuk dan tangannya meraba-raba ke bawah dan tangannya seperti dapat mencapai sesuatu dan di angkat tinggi. Zara terus menyuluh lampunya ke arah benda bulat yang dikatakan oleh Fatin. 

Dan serentak itu juga, Zara tergamam. Bebola matanya terbeliak. Benda bulat yang di langgar oleh Fatin adalah kepala manusia. 


"Je..Jes..itu..Jessy! Jessy!!"jerit Fatin sekuat hati. Tidak di sangka, benda bulat yang di langgarnya adalah kepala sahabatnya, Jessy. 


Fatin dan Zara menangis teresak-esak. Tidak sangka begitu tragis Jessy dibunuh. Kini, hanya tinggal mereka bertiga untuk berusaha mencari jalan keluar. 


"Zara, tengok tu. Ya Allah!" Ujar Fatin sambil menunjuk ke arah hadapan. 

Kedua-duanya jatuh terduduk. Apa yang mereka lihat langsung tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran. Puluhan kepala disusun di dinding bilik. Ada setengahnya sudah mereput dan di mamah ulat. Ada juga yang sudah tinggal rangka. Dan ada juga yang masih baru. Jelas kelihatan di atas sebuah meja sederhana kecil 3  tengkorak bersaiz kecil berwarna hitam disusun berderet di selang selikan dengan dua batang lilin merah bersaiz besar. 


Di situ juga terdapat dua biji tempayan kecil yang berisi darah. Entah milik siapa darah itu, dia kurang pasti. 

Zara menoleh pula ke bahagian dapur, sekali lagi mereka diserang kejutan. Tubuh seseorang tanpa kepala digantung secara terbalik. Darah segar masih lagi menitik deras ke dalam sebuah mangkuk kecil putih.


"Aku dah tak tahan lagi Zara. Aku tak sanggup nak tengok mayat Jessy terseksa macam tu. Aku pasti, ini ada kaitan dengan pemujaan. Dan aku rasa pemilik hotel ni, punya angkara" kata Fatin panjang lebar. Sebolehnya dia mahu keluar dari situ secepatnya. 


"Kita keluar dari sini. Yang penting kita Selamatkan diri kita dan Amira dulu" 

Fatin menganguk setuju dan mereka keluar dengan pantas dari bilik itu.

Dan apa yang lebih mengejutkan Amira sudah tiada lagi ditempatnya. Zara dan Fatin resah kerana kehilangan sahabatnya. 


"Aduh! Ke mana pula Mira ni pergi?" Zara meraup wajahnya. Fatin pula nampak buntu. 


"Kita kena cari Amira dulu. Cari sampai dapat sebelum perempuan tu dapat dia" kata Zara, dan mereka berdua terus berlari untuk mencari Amira. 

Di tingkat 6..


"Kakak" panggil Intan. Tangan Amira di genggam erat. 


"Ya Intan. Ada apa?" 


"Jangan lupakan Intan ya" wajah Intan sayu. Di pandang lama wajah Amira. 


"Kakak janji. Kakak takkan lupakan Intan sampai bila-bila" ujar Amira sambil tersenyum.


"Sampaikan salam Intan kepada ayah dan abang" pesan gadis muda itu lagi. Kali ni wajahnya ditundukkan ke bawah. 


"Ayah dan abang? Insha Allah" 


"Ayah Intan Ustaz Rahil dan abang Intan nama Taj Ibrahim. Nanti kakak akan jumpa mereka. Kakak kena keluar dari sini cepat. Intan akan bantu kakak" beritahu gadis muda itu panjang lebar. 


"Tapi macam mana dengan kawan-kawan kakak. Kakak kena Selamatkan mereka dahulu" 


"Takdir mereka sudah ditentukan kak. Mereka sudah dipilih sebagai korban." 

Mata Amira terbeliak. Dadanya berdebar. Terbayang wajah-wajah sahabatnya. Senyuman mereka, usikkan mereka. Dia takkan sanggup membiarkan nasib sahabat-sahabatnya di tangan pembunuh. 


"Kakak kena cari mereka Intan. Kakak takkan biarkan mereka mati." keputusan Mira nekad dan bulat. 


"Tapi kak?" Intan cuba menghalang. 


"Akak kena cari mereka sekarang" pantas Amira berlari menuju ke tangga untuk mencari di mana sahabat-sahabatnya berada. 


Di Kampung Indah..


Taj berusaha mengumpulkan beberapa ramai rakan-rakan dan orang kampung. Pelajar-pelajar tahfiz dari madrasah di tempat ayahnya mengajar juga turut sama membantu. 


"Kita kena buat sampai habis. Kali ni jangan tinggalkan apa-apa sisa pun." 


"Allahuakbar! Allahuakbar!" Mereka bersama-sama melaungkan kalimat itu beramai-ramai. 


"Ayah, kita dah boleh bergerak sekarang. Mari!"   


Kesemua mereka terus menaiki kenderaan menuju ke arah satu bangunan terbiar di hujung jalan. 


Di hotel


"Dekat mana lagi kita nak cari Amira ni, Zara? Semua bilik kita periksa. Dia tak ada pun" 


"Sabar Fatin. Kalau kita teruskan mencari insha Allah kita akan jumpa. Berdoa banyak-banyak minta bantuan dari Allah." 


"Huhh.." terdengar keluhan berat dari Fatin. Sebenarnya gadis itu sudah berputus asa. Dia mengandaikan Amira juga telah pun mati di bunuh. 


"Fatin! Zara!" 


Panggilan itu membuatkan mereka berdua tersentak. 


"Amira?" 


"Sudah..jangan cakap apa-apa. Kita dah tak ada masa lagi. Kita kena keluar dari sini. Cepat!" Arah Amira. Fatin dan Zara tanpa membuang masa terus mengekori langkah Amira dari belakang. 


Setibanya mereka di bahagian lobi. Mereka cuba untuk membuka pintu utama. Namun gagal. Berusaha mencuba beberapa kali tetap juga gagal.


"Arrggghhhh!"


Jeritan Fatin bergema kuat. 

Zara dan Amira terkejut apabila Jasmin tiba-tiba sahaja muncul dan merenggut rambut Fatin dengan kasar. 


"Nak lari ke mana??" Tanya Jasmin sambil tersenyum sinis.


Ketika itu bau wangi bunga harum sundal malam menerawang ke udara. Bau yang asalnya lembut menjadi bau yang agak menyesakkan deria hidu mereka. 


"Lepaskan dia!" Amira menjerit lantang. 


"Kau ingat semudah itu? Hah? Aku perlu darah kamu untuk mengekalkan kemudaan aku. Begitu sukar untuk aku perdayakan kamu semua, takkan semudah itu aku akan lepaskan. Asal kamu semua tahu, semua mangsa yang aku perangkap tidak ada seorang pun yang mampu keluar dari sini hidup-hidup" 


Amira dan Zara menelan air liur. Namun, mereka tidak boleh menyerah begitu mudah. Mereka harus melawan jika mahu nyawa mereka Selamat.


"Kau nak aku, kau kena lepaskan mereka! Iblis" bentak Fatin lantang. Dia rela menjadi korban asalkan sahabat-sahabatnya Selamat.


"Tidak ku izinkan permintaan mu. Aku memerlukan darah mereka untuk pemujaan ku untuk kali terakhir. Bonus seorang untuk aku  kekal jelita sepanjang hayat tanpa menjadi tua.  Kecantikkan abadi akan menjadi milik aku! Kau pelengkap segalanya, Amira" 


Bab 4 


"Keabadian hanya milik tuhan! Bukan milik makhluk laknat macam kau! Kau tu yang tak sedar diri. Berlagak seperti tuhan." Amira mulai berang. Tangan dikepal kerana sedang menahan geram. 


"Hidup tidak bertuhan, mencabut nyawa manusia lain sesuka hati kau. Kau tak ada hak itu. Jangan kau ambil kerja tuhan, wahai Iblis!" 

Serentak dengan itu semua yang ada di situ memalingkan wajahnya ke arah luar hotel. Segerombolan orang kampung dan juga beberapa pelajar yang berjubah putih dan berserban sedang terkumat kamit membaca ayat-ayat suci alquran. Semakin lama, suara mereka semakin kuat dan bergema. 

Jasmin mengundurkan langkahnya sambil menarik tubuh Fatin secara paksa. 


"Celaka!" Jerit wanita itu dengan kuat.  Matanya memerah bagaikan saga.


 "Hahahahahaha!! Hihihihi!! Berbicara gah bagaikan pahlawan. Tapi seorang dari kamu pun tidak mampu untuk menyelamatkan gadis ini. Sudah aku katakan! Aku yang menentukan takdir mati kalian dan bukannya tuhan!" Zara yang mendengar kata-kata angkuh dari mulut perempuan itu tergamam. Sungguh berani dia mencabar tuhan. Tidak takutkah dia akan balasan yang bakal menimpanya? Zara menarik nafas sedalam-dalamnya lalu melepaskan sambil beristighfar. 


"Kau mencabar tuhan nampaknya. Maaf Jasmin, aku terpaksa musnahkan kau agar tiada lagi manusia yang menjadi mangsa kekejaman kau." 


"Hahahahahaha. Silakan. Kau menjual, aku sudi membeli!" Ujar Jasmin tersenyum sinis.

 

Tubuh Fatin yang terkulai terbaring lemah dengan mata yang terbuka. Air matanya merembes laju sambil memandang kedua sahabatnya. Kelihatan bibirnya bergetar ingin menyatakan sesuatu. Namun kerana Jasmin masih berada di sisinya, Zara atau pun Amira masih belum dapat mendekati tubuh itu. 


Zara dan juga Amira tidak dapat menahan rasa sebak di dada. Sakit dan pedih apabila melihat teman baiknya di bunuh di hadapan mata. Mereka langsung tidak dapat menyelamatkan Fatin dari genggaman wanita iblis itu. Mereka gagal untuk melindungi.

Ustaz Rahil dan juga konco-konconya masih lagi meneruskan bacaan.


 Jasmin mula terasa tubuhnya membahang. Kulitnya tiba-tiba sahaja mengering dan menguping. Kemudian timbul rasa gatal yang teramat. Jasmin memandang ke bawah. Tubuh longlai Fatin direnung. Darah yang mengalir membuatkan Jasmin teruja. Darah itu boleh menyelamatkan dirinya dan juga membuatkan tubuhnya kembali segar dan bertenaga.


Jasmin menarik rambut Fatin lalu mengheret perlahan tubuh itu. 


"Lepaskan dia!" 


Amira menjerit lantang. Kini dia sudah berada hampir dengan wanita itu. Jarak mereka terlalu dekat dan Amira langsung tidak menunjukkan riak takut. 


Taj mengeluarkan bungkusan kain kuning dari dalam bag yang dibawanya bersama. Kemudian di hulur kepada Ayahnya Ustaz Rahil. 


"Taj, kau kena lindungi dua gadis itu. Jangan buat sebarang kesilapan. Biar ayah yang selesaikan dengan dia!" Ujar Ustaz Rahil memberikan arahan. 


"Baik ayah" Taj mengangguk faham. 


"Dan kamu semua! Ingat pesanku. Walau apa pun terjadi, teruskan bacaan kalian. Minta bantuan  dariNYA." Pesan Ustaz Rahil. Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam. Mulutnya terkumat kamit sambil mengeluarkan sesuatu dari kain kuning itu. 


Ustaz Rahil berdiri hampir dengan Amira. Lalu menghulurkan sesuatu yang panjang dan tajam. Sesuatu yang berkilau seperti emas. Mata Amira membesar. Jarum panjang sepanjang tapak tangan berada di hadapan matanya. 


"Inilah kelemahanya. Dan ianya boleh membunuh dia. Pakcik serahkan kepadamu. Hanya kamu yang boleh lakukannya. Jangan khuatir, pakcik akan melindungi kamu" Amira terdiam. Tetapi dalam masa yang sama, dia menyambut huluran Ustaz Rahil. Jarum bertukar tangan. 


Pandangan Amira dan Ustaz Rahil beralih ke arah Jasmin yang baru sahaja melahap darah mangsanya tanpa menyedari Amira sudah hampir dengannya. 


Dan tanpa disedari wanita itu, Amira pantas menusukkan mata jarum itu ke bahagian tepi leher Jasmin dengan pantas.


"Arrggghhhh!! Aaaaaaaaaaa!!!!" Jeritan lantang menggegarkan seluruh isi dalam hotel itu. Zara yang ketakutan berlari keluar menuju ke arah orang kampung dan jemaah yang berkumpul. Masing-masing duduk berteleku membaca alquran dengan kuat dan lantang. 


"Berani kau ya!" Jerit Jasmin sambil menyeringai kesakitan. Darah memancut-mancut keluar dari tusukkan itu. Memercik membasahi tubuhnya dan juga dikawasan yang terdekat.. 


Tubuh Fatin yang kaku di campak ke bawah dan Amira pantas menyambut tubuh  tidak bernyawa itu dengan berhati-hati. Kemudian dia berusaha membawanya keluar dari hotel tersebut. Kini hanya tinggal Ustaz Rahil berdua bersama Jasmin di dalam. 


"Aku terpaksa Jasmin. Masa kau sudah tiba." 


 "Kau sial! Arrggghhhh!" Tubuh Jasmin perlahan-lahan bertukar rupa. Dari tubuh yang menggiurkan menjadi tubuh yang kurus. Kulit yang cerah dan bersinar bertukar menjadi kulit yang kering dan semakin mengecut. Kelihatannya hanya tinggal kulit dan tulang. Wajahnya yang jelita juga berubah. Kedua matanya terperosok ke dalam. Dan perlahan-perlahan wajahnya mengecut dan berkedut. Giginya yang putih gugur satu persatu dan berlumuran darah. Rambutnya yang mengurai indah pula memutih dan juga gugur. 


"Inilah wajah asli mu, Jasmin. Kau sepatutnya sedar dari dulu lagi, kecantikkan yang kau kejar bukanlah segalanya. Ianya takkan kekal dengan kau. Kita manusia Jasmin. Allah sudah menetapkan takdir hidup masing-masing. Tapi kau berani menidakkan apa yang telah ditakdirkan untuk kau" ujar Ustaz Rahil panjang lebar. Air matanya turut menitik. Terimbas semula kejadian di mana anak perempuannya menjadi mangsa ibu sendiri. Anaknya di bunuh dengan cara kepalanya dipenggal dan darah merah yang mengalir dihirup rakus oleh Jasmin. Bukan itu sahaja, Adik iparnya yang juga Adik kandung Jasmin turut menjadi mangsa kekejaman kakaknya sendiri. Ustaz Rahil mengucap panjang di dalam hatinya. 


"Mereka sudah ditakdirkan mati untuk ku. Dipilih untuk menjadi korban yang terbaik. Hanya mereka sahaja yang mampu memberikan apa yang aku mahu" terputus-putus suara Jasmin. Dia mula dapat merasakan tenggorokkannya pahit dan perit. 

Ustaz Rahil merendahkan tubuhnya. Merenung wajah kecut milik Jasmin yang menyeringai menahan kesakitan. Sekali lagi lelaki tua itu mengalirkan air mata. Sayu dan sedih dia melihat keadaan bekas isterinya itu. Namun, semuanya sudah ditentukan dan lelaki tua itu redha menerima. 


Sebatang jarum emas di keluarkan dari balutan kain kuning itu lalu pantas Ustaz Rahil menusuk tepat di tengah leher Jasmin. 


"Kkk..kkaaauu..kkaauuu" tersekat-sekat suara Jasmin untuk berkata-kata. 

"Taj! Ismail! Mari sini" jerit Ustaz Rahil memanggil. 


"Bakar dia" arah Ustaz Rahil lalu dia beredar dari situ. 


"Jangannnnn!!!! Tolong aku Rahil. Jangan! Ampunkan aku! Ampunkan aku Rahil.. ampunkan aku!!!!!" 

Ustaz Rahil segera berpaling. Dadanya mulai sebak. Wanita itu pernah menjadi suri dalam hidupnya dahulu. Tetapi kerana ilmu hitam yang di amalkan dan sehingga meragut nyawa insan kesayangannya lelaki tua itu terpaksa lakukan. Ini demi kebaikkan semua orang dari menjadi mangsa seterusnya. 


Taj dan Ismail mengambil minyak tanah yang di bawa mereka lalu menuang ke tubuh Jasmin yang sudah tersandar lesu didinding hotel. Matanya memandang ke arah Ustaz Rahil dengan harapan ada sedikit simpati dalam dirinya. Namun dia sedar, penyesalanya sudah pun terlewat. Tiada apa lagi yang dia harapkan kini. 


"Rahil, maafkan aku" itulah kata-kata 

terakhir Jasmin sebelum tubuhnya dibakar hangus. Bau hanyir dan busuk mula menusuk-nusuk ke dalam deria pernafasan masing-masing. 


"Aaaaaaaaaaaaaa!!" Terdengar satu jeritan panjang yang kuat dan kemudiannya beransur-ansur lenyap.

Ustaz Rahil, Taj dan Ismail melangkah keluar dari bangunan itu. 


Di hadapan mata mereka semua, hotel yang pada awalnya kelihatan gah dengan binaannya yang cantik tiba-tiba sahaja bertukar rupa menjadi sebuah bangunan buruk dan terbiar. Segenap ruangannya basah dan Berlumut. Begitu juga dinding-dinding sekitarnya. 

Mulut Zara terbuka luas. Rasa tidak percaya apa yang terhidang di hadapan matanya. 


"Apa yang kau nampak sekarang ni, Inilah yang aku nampak sebelum ni. Maafkan aku, Zara kerana tidak berterus terang dengan kau." Luah Amira. 


"Maksud kau? Kau boleh..." 


"Aku boleh nampak semuanya. Hijab aku terbuka, Zara. Hanya Fatin yang tahu. Maafkan aku." Amira menundukkan wajahnya. Kecewa dan juga merasa bersalah di atas apa yang terjadi. 


"Aku yang sepatutnya minta maaf pada kau. Kerana aku yang berkeras. Kalau aku dengar cakap kau, Fatin dan Jessy takkan mati" air mata Zara mengalir. Hatinya terasa sakit. Sakit, kecewa dan sedih bercampur baur. 


"Nak.." 


Amira menoleh ke arah Ustaz Rahil. 


"Mari ikut pakcik balik. Kita uruskan jenazah teman-teman kamu. Sebaiknya kamu hubungi keluarga kamu dan juga keluarga teman-teman itu." Kata Ustaz Rahil sambil tersenyum. 


"Terima kasih Ustaz kerana membantu kami semua" ucap Amira sambil membalas senyuman lelaki tua itu. 


"Ustaz, nanti dulu. Ada seseorang ingin sampaikan salam kepada Ustaz dan Taj" perlahan sahaja suara Amira. 


"Siapa?" 


"Intan.. dia amanahkan pesanan untuk Ustaz dan juga Taj. Dia minta, agar Ustaz memaafkan segala dosa-dosanya terhadap Ustaz ketika dia masih hidup. Dia minta Ustaz dan Taj jaga diri sebaiknya" Amira menarik nafas lega. Sesuatu yang di amanahkan sudah pun dilakukan. 


Ustaz Rahil tersenyum. Dia mengerling ke arah belakang tubuh Amira. Terlihat satu susuk tubuh kecil anak perempuannya berdiri sambil melambai. Senyuman yang dirindui sejak kematian anak perempuannya terhias indah di wajah itu. Ustaz Rahil juga turut tersenyum.


"Terima ksih" balas Ustaz Rahil. 

Dan kemudian, tubuh Intan hilang bagaikan kabus. 


Bab 5 akhir


Jenazah Fatin dan juga Jessy sudah diuruskan sebaik-baiknya dan sudah dituntut oleh keluarga masing-masing.  Amira dan Zara memerhati dua kenderaan yang membawa jenazah sahabat-sahabatnya itu pergi. Air mata menitik laju. Esakkan dari Zara meruntun hati mereka-mereka yang melihat. 


"Selamat jalan sahabat" ucap Amira perlahan. Air mata yang mengalir diseka. 


"Kematian itu pasti. Sudah sampai janji mereka kepada penciptanya. Begitu juga kita. Cuma, kita tak pasti bilakah giliran kita menyusul mereka" perlahan sahaja suara Taj. Tapi cukup jelas untuk didengari Amira dan juga Zara. 

Amira hanya berdiam diri. Zara pula terus menaiki tangga rumah Ustaz Rahil.


 "Mira, sekejap lagi tunang aku datang nak jemput. Kau nak ikut sekali?" Soal Zara tiba-tiba. 


Amira mengangguk kemudian dia menghampiri Ustaz Rahil dan juga Taj yang berada di beranda rumah. 


"Ustaz, saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi membantu saya dan kawan-kawan saya. Kalau tak ada Ustaz dan Taj, tak tahulah apa akan jadi dengan kami berdua" 


"Mira, pertolongan pakcik bukannya mengharapkan balasan. Ini kewajipan. Tanggungjawab untuk menyelamatkan manusia lain dari kejahatan dan kesesatan. Kami semua lega kerana kami laksanakan amanah kami" balas Ustaz Rahil panjang lebar. 


"Ya Mira. Kami bantu kamu ikhlas. Usahlah difikirkan lagi hal itu. Semuanya sudah selesai. Dan satu sahaja kami mahu ingatkan.. jangan kamu anggap ianya satu bebanan atau masalah pada kamu. Ianya adalah anugerah Allah buat kamu. Maka kamu sepatutnya bersyukur kerana kamu adalah insan yang terpilih. Allah mungkin punya alasan mengapa DIA memilih kamu dan bukannya orang lain. Bantulah insan lain dengan kelebihan yang Allah berikan itu, semoga ianya mendatangkan manfaat buat yang lain. Ingat ya, Mira" 

Kata-kata itu begitu dalam di hati Amira. Dari umurnya 5 tahun  dia sudah mendapat anugerah itu. Berpunca ketika dia mengalami demam panas yang teruk. Sejak itu dia menganggap dirinya manusia aneh dan sering bersendirian. Bermain tanpa teman. Hanya seorang sahaja temannya iaitu Nini. Teman khayalan yang selalu ibunya sebut-sebutkan. Apabila menginjak dewasa, kehidupan yang dilalui Amira lebih mencabar. Dia di pulaukan kerana anugerah itu dan di gelar penipu sehinggalah Amira berpindah dan bertukar sekolah. Di sekolah baru itulah dia menemui Fatin, Zara dan juga Jessy. Pertemanan mereka kekal sehingga kini. Namun, anugerah itu hanya Fatin sahaja yang tahu dan sekarang giliran Zara pula yang mengetahui rahsia dirinya. 

Dari arah jalan raya, masuk sebuah kereta berwarna hitam. Zara melangkah keluar dari pintu utama membawa dua buah luggage dan sebuah bag galas. 


"Amira, Naim dah sampai tu. Jom kita pergi" 


"Apa pun, terima kasih untuk semuanya Ustaz. Semoga kita berjumpa lagi jika diizinkan Allah." Ujar Amira sambil tersenyum dan bingkas bangun dari silanya. Dia mengambil alih bag pakaiannya lalu turun ke bawah. 

Di dalam perjalanan pulang ke Muar, fikiran Amira asyik teringat akan dua sahabatnya. Rindu mencengkam sanubarinya ketika ini dan sekali lagi, matanya basah kerana air mata. 


"Semoga persahabatan kita ini terjalin terus sehingga ke syurga. Tunggu kami di sana ya" bisik hati kecilnya.. " Sebak.. 


Hari di mana Jessy di bunuh..


Jessy mengikuti langkah Jasmin dari belakang menuju ke bilik wanita itu. 

Pintu dibuka perlahan. Jasmin memberi laluan untuk Jessy masuk ke dalam terlebih dahulu. Bau busuk tiba-tiba sahaja muncul dan ianya semakin kuat. Sesekali Jessy menggosok-gosokkan hidungnya kerana tidak tahan dengan bau yang menusuk. 


"Apa yang bau busuk sangat ni? Macam bau benda reput. Ada kucing mati ke?" Soal Jessy tanpa menoleh ke belakang. Dia meneruskan langkahnya lebih jauh ke dalam. 


Soalan Jessy tidak berjawab dan dibiarkan sepi.


"Nak minum?" Soal Jasmin. 


"Kenapa gelap sangat ni?" Tanya Jessy lagi. Matanya pula meliar ke segenap ruang. Walaupun dalam keadaan gelap. Jessy masih lagi nampak walaupun pandangannya agak terbatas. Di hadapan matanya ada beberapa batang lilin yang berdiri di atas sebuah meja bersama dengan beberapa objek yang tidak dapat dipastikan apa. 

Jessy bangun dari tempat duduknya dan perlahan berjalan menghampiri meja tersebut. 


Dengan bantuan lilin yang ada, Jessy dapat melihat sedikit apa yang ada di atas meja tersebut. 


"Tengkorak?" Sebutnya perlahan. 


"Ya..tengkorak. tengkorak untuk aku lakukan pemujaan. Salah satu barangan yang menjadi pelengkap ritual aku." Beritahu Jasmin sambil tersenyum sinis. 


"Kau..apa yang kau puja? Untuk apa?" Jessy mula menjauhkan diri. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepadanya. 


"Untuk keabadian. Kecantikkan dan kemudaan yang mutlak. Kau tahu kenapa aku jemput kau datang ke bilik aku malam ni? Untuk aku jadikan korban. Aku perlukan darah kau dan aku perlu jadikan kau santapan untuk makhluk yang aku pelihara. Tapi kau jangan takut, kau takkan merasa sakit sedikit pjun kerana Aku akan lakukannya dengan sepantas yang boleh."


 "Apa? Maknanya aku?" Terbuntang mata Jessy setelah mengetahui niat jahat Jasmin terhadapnya. Jessy berusaha untuk melarikan diri. Tetapi dia merasa kakinya amat berat untuk melangkah. Di cuba berkali-kali, masih juga gagal. 


"Tolonglah jangan bunuh aku. Aku merayu.. tolong jangan" air matanya merembes laju. Wajahnya pula sudah dibasahi keringat. Kedua tapak tangannya di satukan untuk merayu belas ihsan dari Jasmin. 


Wanita itu hanya ketawa melihat ketakutan mangsanya. Rayulah macam mana sekali pun gadis itu tetap akan dibunuh. Takdirnya sudah ditentukan. 


"Tolong jangan.. aku masih mahu hidup. Lepaskan aku." Kaki Jasmin di sentuh dan dicium. Jessy sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa menyembah. Asalkan dia di lepaskan. Tetapi malangnya rayuan Jessy cuma sia-sia. 


Jasmin mengangkat parangnya yang tajam lalu di hayun dengan pantas. 


"Zzzaaappppp!" Tepat di batang leher Jessy. Bergolek-golek kepala itu di lantai.


Darah memancut-mancut ke serata ruang. Jasmin mengangkat kepala Jessy lalu darah yang menitik di dihalakan ke dalam mulutnya. Rasanya nikmat tidak terhingga. Lalu kepala Jessy di campak sahaja ke lantai usai darahnya di hirup kering. 


Tubuh Jessy di tarik lalu dengan menggunakan tenaganya yang tidak setanding tenaga wanita biasa, dia menggantung tubuh Jessy secara terbalik dengan kaki di atas. Kemudian, sebiji mangkuk di letak betul di bawah tubuh itu untuk menadah darah yang sedang mengalir. Setelah mangkuk pertama penuh, mangkuk kedua pula menyusul.


"Ini untuk kau! Minumlah sepuas-puasnya. Selepas ni aku perlukan jasadnya untuk aku puja bersama dengan darah pertama. Aku mahu keluar dan uruskan yang lain. Malam ini adalah malam bertuah kita" ujar Jasmin sambil tertawa. Senyuman sinisnya tersungging dihujung bibir. 

Satu makhluk kecil berkepala botak dengan wajah cengkung menyeringai dihadapan Jasmin mempamerkan barisan gigi-giginya kecil yang tajam.makhluk itu terus sahaja menelan mangkuk yang penuh berisi darah Jessy. Lidahnya yang panjang dan bercabang rakus menjilat seluruh mangkuk tersebut. 


"Nikmatilah santapan mu.. hahahaha" 


Tamat

Comments

  • No Comments
Log Out?

Are you sure you want to log out?